Resakse.com Berwajah Baru

13 Nov 2022, 9:09 AM
Realiti
2 Komen
Resakse.com Berwajah Baru

Happy Birthday to me!

haha..sempena besday tahun ni, aku revamp website ni. Agak lama jugak, lebih kurang 2 minggu. Sebelum2 ni tiap kali revamp biasa coding from scratch pun amik masa 1-3 hari jer. Tapi kali ni nak buat proper, sebab sebelum n...tiap kali revamp ker, aku delete whole blog... pastu backup.. skarang dah beratus MB dah backup untuk blog saja, mende yang aku takkan guna dah tapi sayang nak buang.

Sebelum tu, biar aku belanja satu MV untuk teman membaca.

Backend / Server Side

Ok, sambung.. Revamp kali ni, aku masih lagi buat dengan python, guna framework Django & Wagtail. Bagi orang IT yang xpernah dengar pasal ni, Django ni web framework untuk python... dan Wagtail ni pulak, CMS framework yang di buat menggunakan django. Database pulak aku move dari SQLite ke PostgreSQL. Antara website yang menggunakan django ni macam Nasa, Netflix, Uber, Spotify, Instagram, Youtube, Pinterest, Dropbox etc. Antara website yang menggunakan wagtail ni pulak ialah macam twillio.com, flutter.dev, blog.google.com etc. Tapi tu semua untuk server side la, biasanya kat frontend dorang customize dengan frontend javascript framework macam React, Angular, Vue etc. Bahagian komen aku guna django library, django-commments-xtd tapi modified untuk guna htmx. Tak best nak kena refresh page setiap kali tulis komen, macam facebook zaman dulu..haha

Frontend

Bahagian frontend pulak, aku cuma pakai html biasa jer dan segenggam htmx dan jQuery yang di tabur di sana sini. Reason dia... dulu aku pernah guna Angularjs ni, tahun 2011 kot.. aku buat website & forum untuk kelab kereta v-sixers.com from scratch guna django+angularjs.

Fuh, letih beb main dengan javascript ni.. lepas tu tiba2 google upgrade angular jadi version 2 pada 2016. Angular 2 ni pulak tak backward compatible dengan angularjs yang ori. Dah nak kena belajar balik... malas aku. Masa tu orang duk sibuk belajar reactjs. ReactJS ni di buat oleh facebook, AngularJS ni google. Time tu ada berbagai2 javascript framework yang baru duk tumbuh, Meteorjs la ape... sambil VueJS senyap2 muncul.

Teringin jugak nak belajar Vue ni, tapi... tadaa! tahun, 2020, htmx keluar menggantikan intercoolerJS.

Dengan htmx ni kita boleh buat javascript tanpa menulis javascript. Kat website ni, javascript yang aku tulis cuma minima, macam nak highlight Menu kat atas tu bila ko navigate website ni. Kalau nak compare dengan beratus2 line javascript yang aku kena tulis untuk buat website untuk gomen, kat website ni tak sampai 10 line kot. Err.. aku tau javascript ni cap ayam sikit, dia bole minimized semua jadi 1 line.. tapi secara am nya, dalam 10 line la total.. tak sampai pun 10 rasanya. Dia punya cons? Tak compatible dengan WinXP punya browser.. so takleh guna kat gomen punya website, sebab banyak pc gomen masih guna WinXP.. haha gi mampos sama WinXP.

Untuk orang yang masih membaca, aku belanja satu lagu lagi..

Plan Asal

Plan asalnya nak ada blog, tempat letak snippet dan gallery serta kekalkan kalendar kat depan tu. Dah berapa tahun, website ni aku cuma guna untuk tengok jadual bila gaji & tarikh cuti time nak bagi appointment kat pesakit (main job aku juru x-ray).

Lepas tu aku letak macam2 snippet kat admin side. Sebab walaupun aku ada good memory, tapi aku xboleh ingat semua mende, aku cuma akan ingat mende tu ada dlm website..tu jer. Jadi kat admin side (nak kena login baru boleh tengok, orang takde access takleh tengok) tu macam2 link, config, gambar2 penting, notes dan sebagainya. Ada juga code snippets yg aku akan refer tiap kali nak buat sesuatu, contohnya code untuk buat highlight menu mengikut url kat browser, code untuk convert ic kepada umur,jantina & tarikh lahir etc.

Pastu nak buat gallery untuk aku hentam upload gambar2 penting, sebab kat phone ni ada beribu gambar..mampos nak cari satu2 kalau nak rujuk. Contohnya bila aku snap ip / url kat pc atau mesin yang rosak ke ape.. bertahun nak scroll down, baru jumpa. Kadang2 nak simpan screenshot wasap/telegram (ahahhaa aku dah takde wasap).

Tapi bila fikir balik, maybe gallery tu aku kekalkan kat admin side jer la..akta rahsia kot.

Kesimpulan

Takde nak simpul apa2, tapi tu jer la aku nak cerita pasal website ni... aku ada jugak buat contact page kalau2 orang nak contact..tapi ntah mengapa bila test, xdapat email..so aku disablekan dari menu. Nanti la aku cek balik code dia, sementara tu boleh email jer.

Ok, terima kasih kalau ada orang yang baca sampai habis, boleh tinggalkan komen kalau nak, kalau takmau pun takpe..tapi 2 hari jugak aku duk godek untuk coding komen tu..

Babai!

Penafian: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam website ini dan segala yang tertera tidak berkenaan dengan sama ada yang hidup atau pun dah mati.

Kicap manis leting    Nov. 13, 2022, 7:16 p.m.
Pi besday sakse… selamat menjalani hari2 tua
resakse  moderator    Nov. 13, 2022, 7:53 p.m.
hahaha tq tq

Tak puas hati? Tulis komen anda disini

Tags

python
django
wagtail
html
website

Artikel Terkini